Tuesday 15 November 2011

Mesyuarat MBKUAD Kali ke 3/2011 Di UUM

Mesyuarat MBKUAD IPTA kali ke 3 akan diadakan pada 29 November 2011 hingga 1 Disember 2011. Universiti Utara Malaysia telah berbesar hati untuk menjadi Hos mesyuarat kali ini.  Ketua Unit Audit Dalam UUM, En. Mohd Shukri Saad telah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi memastikan mesyuarat kali ini dijalankan dengan cemerlang dan mencapai matlamat. Mesyuarat pada kali ini akan memberi penekanan terhadap perkara-perkara seperti:
  • menilai pencapaian MBKUAD bagi tahun 2011,
  • merancang aktiviti-aktiviti bagi tahun 2012;dan
  • melihat sudut penambahbaikan dalam pelaksanaan fungsi audit, perjawatan dan kemajuan kerjaya, permasalahan semasa dan juga kerjasama samada dalam dan luar negara.  
MBKUAD adalah medan perbincangan untuk maju dan cemerlang, oleh itu semua pihak seharusnya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi ide-ide, pandangan, mengeratkan hubungan dan kesatuan antara UAD IPTA.

Selain dari itu serentak dengan mesyuarat ini juga, Jawatankuasa Latihan juga menganjurkan ACL User Conference. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Puan Naaimah Mohd Radzi, Program ini mengalu-alukan penyertaan dari IPTA dan IPTS termasuk kolej-kolej pengajian. Bagi pihak yang berminat terutamanya dari pihak swasta, sudilah menghubungi pihak Audit Dalam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu urusetia ACL User Conference ini.

~Ke UUM~





No comments:

Post a Comment