JAWATANKUASA

Dari Pengerusi MBKUAD IPTA

Salam untuk semua.

Kerjasama adalah merupakan satu perkataan 'gagah perkasa'. Melalui kerjasama antara Ketua Audit Dalam IPTA maka terbentuklah Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (mbkuad ipta). Melalui kerjasma ini banyak yang telah dicapai oleh Audit Dalam IPTA sehingga kini. Sehingga tahun 2011 sebanyak 19 Audit Dalam IPTA telah menjadi ahli mesyuarat. Audit Dalam di setiap IPTA sentiasa diberi kepercayaan untuk membantu pihak berkuasa universiti menyelesaikan pelbagai isu. Syabas!.

Kejayaan yang kita kecapi pada hari ini tidak lain tidak bukan adalah hasil pengorbanan dan usaha gigih oleh para 'senior' Audit Dalam IPTA. Kesungguhan dan usaha gigih mereka telah membuahkan hasil apabila mbkuad ipta berjaya ditubuhkan pada tahun 2002. Kami di hari ini amat terhutang budi kepada mereka. Pengorbanan dan kegigihan mereka akan sentiasa kekal selamanya sebagai tulang belakang mbkuad ipta.

Adalah diharapkan agar apa yang dicapai di hari ini oleh mbkuad ipta dan Audit Dalam di setiap IPTA menjadi pemangkin kepada perkembangan dan peningkatan dalam pelbagai aspek profesyen kita sebagai Juruaudit Dalam. Janganlah kita terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang kita kecapi, jauh sekali mementingkan diri sendiri, sebaliknya kita sama-sama jadikan ia pendorong kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.

Tahniah kepada mbkuad ipta atas kerjasama yang kukuh yang dapat dilihat dalam pelbagai bentuk yang sukar untuk dinyatakan dengan perkataan, namun hati setiap ahli mesyuarat pasti tahu apa maksudnya. Tahniah kepada mbkuad ipta atas inisiatif mewujudkan blog ini sebagai saluran penyampaian dan perkongsian maklumat. Semoga blog ini dapat mencapai objektif ia diwujudkan. Adalah juga diharapkan supaya blog ini dibuat penambahbaikan yang berterusan dari masa ke semasa agar ia berkesan dalam penyampaian dan perkongsian maklumat khasnya antara Audit Dalam IPTA.

Syabas dan tahniah kepada MBKUAD IPTA.

Wasallam.

Pengerusi sesi 2011/2012

5 jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah MBKUAD IPTA. Jawatankuasa-jawatankuasa ini menjalankan fungsi dan tanggungjawab bagi menjayakan matlamat MBKUAD IPTA. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut terdiri daripada: