Monday 10 December 2012

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA Kali Ke-28 Bil.3/2012

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) IPTA kali ke 28 Bil. 3/2012 akan diadakan pada 22 – 23 November 2012 di UNIMAS. UNIMAS pernah menjadi tuan rumah kepada MBKUAD pada tahun 2005 dan sekali lagi UNIMAS telah berbesar hati menjadi tuan rumah buat kali keduanya.
 
MBKUAD kali ini padat dengan program-program yang bermula selepas semua Ketua-Ketua Audit Dalam (KAD) mendaftar masuk ke Hilton Hotel, Kuching. Aktiviti MBKUAD bermula dengan sesi makan malam Selamat Datai kepada Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA.
 
Pada 22 Julai 2012, aktiviti MBKUAD pada sesi pagi dimulai dengan sesi perbincangan Penilaian Kendiri QAR oleh  Puan Zainora Abdul Talib, KAD UPM berkenaan:
 
         ·           Tools 12 : IA Activity Structure and Responsibilities

         ·           Tools 13 : Risk Assessment and Audit Planning

         ·           Piagam Audit Dalam

Manakala selepas itu, Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah MBKUAD akan mengadakan perbincangan perkara-perkara dan laporan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat keesokan harinya.

Bagi sesi petang pula sesi perkongsian maklumat oleh Puan Nor Haida Hamdan, Wakil KAD UTM berkenaan Framework Risk Management Untuk keseluruhan PTj di UTM. Selepas itu, satu perjumpaan ringkas akan diadakan diantara Pengerusi MBKUAD Bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Di Bawah MBKUAD IPTA.

 Antara topik-topik yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat kali ini adalah:

·         How to “sell” your Audit Issues;

·         Memanfaatkan Kursus-Kursus Yang Dihadiri Oleh Staf Audit Dalam IPTA;

·         Pelantikan Pengerusi MBKUAD Yang Ke-6 bagi Sesi 2013/2014

·         Pusing Ganti Pengerusi Jawatankuasa Di Bawah MBKUAD

·         Cadangan Penetapan Tarikh dan Hos MBKUAD Bagi Tahun 2013


Akhir kata bersama-samalah kita menghayati dan memperjuangkan motto MBKUAD 2012   iaitu “Menkan Kualiti, Meniti Cabaran”.

Wednesday 20 June 2012

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) IPTA kali ke 27 Bil. 2/2012



Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) IPTA kali ke 27 Bil. 2/2012 dan Bengkel “Quality Asurance Review” yang akan diadakan pada 2- 5 Julai 2012 di Quality Hotel, Kuala Lumpur dan International Islamic University Malaya (IIUM) KL Kampus, ISTAC. IIUM pernah menjadi tuan rumah kepada MBKUAD pada tahun 2003 dan sekali lagi IIUM telah berbesar hati menjadi tuan rumah buat kali keduanya.

MBKUAD kali ini padat dengan program-program yang bermula selepas semua Ketua-Ketua Audit Dalam (KUAD) mendaftar masuk ke hotel. Aktiviti MBKUAD bermula dengan sesi bengkel “Quality Asurance Review” pada 2 dan 3 Julai 2012 yang di hoskan oleh Jawatankuasa Pengukuhan Audit Dalam IPTA dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan.

Pada 4 Julai 2012, aktiviti MBKUAD dimulai dengan sesi perkongsian maklumat oleh KUAD berikut :
i.   En. Ismail bin Abdul Jalil, KUAD UMS- Pendekatan Audit Bagi Mengesan Salahlaku Dan Penyelewengan
ii.  Pn. Suhara bt Hj Kamarudin- Pengurusan Operasi Audit Dalam UITM
iii. En. Mohd Sahidi Saigon, KUAD UTM - Framework Risk Managemant Untuk Keseluruhan PTJ di UTM.

Bagi sesi petang pula Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah MBKUAD akan mengadakan perbincangan perkara-perkara dan laporan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat keesokan harinya. Selepas itu, satu perjumpaan ringkas akan diadakan diantara Pengerusi MBKUAD Bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Di Bawah MBKUAD IPTA.


Antara topik-topik yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat kali ini adalah:
• How to “sell” your Audit Issues;
• Memanfaatkan Kursus-Kursus Yang Dihadiri Oleh Staf Audit Dalam IPTA;
• Pelancaran Buletin Tahunan MBKUAD Jilid Sulung 1/2012.


Akhir kata bersama-samalah kita menghayati dan memperjuangkan motto MBKUAD 2012 iaitu “Meningkatkan Kualiti, Meniti Cabaran”.

Thursday 14 June 2012

BULETIN TAHUNAN MBKUAD Jilid Sulung 1/2012

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Buletin Tahunan Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) keluaran sulung telah siap dicetak dan akan diedarkan kepada Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA, Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Audit Dalam Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Audit Negara, Institute Internal Auditor Malaysia dan lain-lain yang berkaitan.

Sebelum edaran buletin dibuat sebagai tatapan umum, sudilah merujuk capaian dibawah:

https://docs.google.com/file/d/0B13WO1VDXasVYUNGZGoxSHBoclE/edit?pli=1

Sekian,untuk makluman.

Wednesday 13 June 2012

MESYUARAT MBKUAD KALI KE-26 BIL 1/2012 DI USM


Mesyuarat MBKUAD IPTA kali pertama pada tahun 2012 akan diadakan pada 13 Februari 2012 hingga 14 Februari 2012. Universiti Sains Malaysia telah berbesar hati untuk menjadi Hos mesyuarat kali ini. Ketua Unit Audit Dalam USM, Tuan Haji Mohd Salleh Malim Merican dan juga semua staf Audit Dalam USM telah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi memastikan mesyuarat kali ini dijalankan dengan cemerlang dan mencapai matlamat.

Mesyuarat pada kali ini juga menjemput Puan Hajah Saidatul Nafisah Binti Bashir Ahmad dan Puan Norliza,  Timbalan Pengarah Audit, Bahagian Sosial, Jabatan Audit Negara bagi menyampaikan Taklimat dan Perbincangan Mengenai Perancangan Audit Tahunan IPTA Bagi Tahun 2012. Selain itu, mesyuarat juga memberi penekanan terhadap perbincangan Kertas Permohonan Gred Jawatan Minimum (W48) KUAD IPTA dan Succesion Planning Untuk Dibawa Ke Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar IPTA.

MBKUAD adalah medan perbincangan untuk maju dan cemerlang, oleh itu semua pihak seharusnya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi idea-idea, pandangan, mengeratkan hubungan dan kesatuan antara UAD IPTA.