Monday 10 December 2012

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA Kali Ke-28 Bil.3/2012

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) IPTA kali ke 28 Bil. 3/2012 akan diadakan pada 22 – 23 November 2012 di UNIMAS. UNIMAS pernah menjadi tuan rumah kepada MBKUAD pada tahun 2005 dan sekali lagi UNIMAS telah berbesar hati menjadi tuan rumah buat kali keduanya.
 
MBKUAD kali ini padat dengan program-program yang bermula selepas semua Ketua-Ketua Audit Dalam (KAD) mendaftar masuk ke Hilton Hotel, Kuching. Aktiviti MBKUAD bermula dengan sesi makan malam Selamat Datai kepada Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA.
 
Pada 22 Julai 2012, aktiviti MBKUAD pada sesi pagi dimulai dengan sesi perbincangan Penilaian Kendiri QAR oleh  Puan Zainora Abdul Talib, KAD UPM berkenaan:
 
         ·           Tools 12 : IA Activity Structure and Responsibilities

         ·           Tools 13 : Risk Assessment and Audit Planning

         ·           Piagam Audit Dalam

Manakala selepas itu, Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah MBKUAD akan mengadakan perbincangan perkara-perkara dan laporan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat keesokan harinya.

Bagi sesi petang pula sesi perkongsian maklumat oleh Puan Nor Haida Hamdan, Wakil KAD UTM berkenaan Framework Risk Management Untuk keseluruhan PTj di UTM. Selepas itu, satu perjumpaan ringkas akan diadakan diantara Pengerusi MBKUAD Bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Di Bawah MBKUAD IPTA.

 Antara topik-topik yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat kali ini adalah:

·         How to “sell” your Audit Issues;

·         Memanfaatkan Kursus-Kursus Yang Dihadiri Oleh Staf Audit Dalam IPTA;

·         Pelantikan Pengerusi MBKUAD Yang Ke-6 bagi Sesi 2013/2014

·         Pusing Ganti Pengerusi Jawatankuasa Di Bawah MBKUAD

·         Cadangan Penetapan Tarikh dan Hos MBKUAD Bagi Tahun 2013


Akhir kata bersama-samalah kita menghayati dan memperjuangkan motto MBKUAD 2012   iaitu “Menkan Kualiti, Meniti Cabaran”.

No comments:

Post a Comment