Wednesday 20 June 2012

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) IPTA kali ke 27 Bil. 2/2012



Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Audit Dalam IPTA (MBKUAD) IPTA kali ke 27 Bil. 2/2012 dan Bengkel “Quality Asurance Review” yang akan diadakan pada 2- 5 Julai 2012 di Quality Hotel, Kuala Lumpur dan International Islamic University Malaya (IIUM) KL Kampus, ISTAC. IIUM pernah menjadi tuan rumah kepada MBKUAD pada tahun 2003 dan sekali lagi IIUM telah berbesar hati menjadi tuan rumah buat kali keduanya.

MBKUAD kali ini padat dengan program-program yang bermula selepas semua Ketua-Ketua Audit Dalam (KUAD) mendaftar masuk ke hotel. Aktiviti MBKUAD bermula dengan sesi bengkel “Quality Asurance Review” pada 2 dan 3 Julai 2012 yang di hoskan oleh Jawatankuasa Pengukuhan Audit Dalam IPTA dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan.

Pada 4 Julai 2012, aktiviti MBKUAD dimulai dengan sesi perkongsian maklumat oleh KUAD berikut :
i.   En. Ismail bin Abdul Jalil, KUAD UMS- Pendekatan Audit Bagi Mengesan Salahlaku Dan Penyelewengan
ii.  Pn. Suhara bt Hj Kamarudin- Pengurusan Operasi Audit Dalam UITM
iii. En. Mohd Sahidi Saigon, KUAD UTM - Framework Risk Managemant Untuk Keseluruhan PTJ di UTM.

Bagi sesi petang pula Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah MBKUAD akan mengadakan perbincangan perkara-perkara dan laporan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat keesokan harinya. Selepas itu, satu perjumpaan ringkas akan diadakan diantara Pengerusi MBKUAD Bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Di Bawah MBKUAD IPTA.


Antara topik-topik yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat kali ini adalah:
• How to “sell” your Audit Issues;
• Memanfaatkan Kursus-Kursus Yang Dihadiri Oleh Staf Audit Dalam IPTA;
• Pelancaran Buletin Tahunan MBKUAD Jilid Sulung 1/2012.


Akhir kata bersama-samalah kita menghayati dan memperjuangkan motto MBKUAD 2012 iaitu “Meningkatkan Kualiti, Meniti Cabaran”.

2 comments:

  1. Tahniah kepada pihak tuan rumah IIUM yang telah bertungkus lumus menjayakan program MBKUAD dan kursus QAR pada kali ini. Tahniah juga kepada Ketua Audit IPTA dan staf yang telah meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan aktiviti kali ini. Syabas!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua yang terlibat

    ReplyDelete