Mesyuarat pada kali ini juga menjemput Puan Hajah Saidatul Nafisah Binti Bashir Ahmad dan Puan Norliza, Timbalan Pengarah Audit, Bahagian Sosial, Jabatan Audit Negara bagi menyampaikan Taklimat dan Perbincangan Mengenai Perancangan Audit Tahunan IPTA Bagi Tahun 2012. Selain itu, mesyuarat juga memberi penekanan terhadap perbincangan
Kertas Permohonan Gred Jawatan Minimum (W48) KUAD IPTA dan Succesion
Planning Untuk Dibawa Ke Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar IPTA.
MBKUAD adalah medan perbincangan untuk maju dan cemerlang, oleh itu semua pihak seharusnya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi idea-idea, pandangan, mengeratkan hubungan dan kesatuan antara UAD IPTA.
No comments:
Post a Comment